Sunday 16 October 2011

KULIAH 6 - Aktiviti 1

KULIAH 6

AKTIVITI 1

1)     Ciri-ciri pendekatan inkuiri dalam Penyelesaian Berdasarkan Masalah (PBM)

§  Proses membentuk persoalan
§  Proses mencari, menyusun dan menilai maklumat.
§  Proses menyiasat satu fenomena dengan menjana hipotesis.
§  Proses mereka bentuk eksperimen atau aktiviti penyiasatan.
§  Proses mengumpul maklumat.
§  Proses menganalisis maklumat.
§  Proses mensintesis data serta menyampaikan maklumat.
§  Proses menyimpulkan dapatan.


2)    Bagaimana PBM dapat melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner) ?

§  Pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian berdasarkan kaedah-kaedah dalam PBM.
§  Pelajar dapat menjana idea dengan lebih kreatif dan kritis.
§  PBM mendidik pelajar dalam menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik.
§  PBM melatih pelajar supaya berusaha dengan lebih gigih dalam mendapatkan maklumat.
§  Pelajar memiliki kemampuan membangunkan pengetahuan dalam diri melalui aktiviti yang dijalankan.
§  Pelajar terbiasa menggunakan pelbagai sumber dalam menyelesaikan masalah.
§  Pelajar dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam kumpulan.
§  PBM melatih pelajar meningkatkan kemahiran sosial melalui aktiviti berkumpulan. 




AKTIVITI 2

SEDIAKAN FILA CHART BERDASARKAN PROBLEM SCENARIO

      Dalam usaha untuk menggalakkan guru menginovasi pengajaran masing-masing, sekolah di mana anda baru ditempatkan mengendalikan beberapa siri bengkel tentang PBM bagi mendedahkan guru-guru kepada kaedah pengajaran tersebut. Sebagai seorang guru baru di sekolah tersebut, anda mempunyai sedikit idea tentang PBM tetapi tidak pasti sama ada anda mampu menjalankan PBM di bilik darjah. Sepanjang pengetahuan anda, kaedah PBM memerlukan pelajar terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran mereka dan biasanya memerlukan masa yang lebih daripada apa yang ada. Anda juga mengetahui PBM dimulai dengan satu masalah yang perlu diselesaikan pelajar. Dengan menyelesaikan masalah tersebut, pelajar akan memperolehi pengetahuan baru dan pada masa yang sama membantu mereka melihat perkaitan antara isi kandungan dengan kehidupan seharian. 

      Persoalannya, bagaimana PBM boleh dijalankan di bilik darjah yang membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran dalam tiga domain (kognitif, kemahiran, dan sikap serta nilai)?


https://docs.google.com/document/d/1xH3xlnMEPyZ4kg5ROanSJOMq1thsUv49sCTVXI20ArU/edit?hl=en_US


AKTIVITI 3: 

No comments:

Post a Comment