Tuesday 4 October 2011

AKTIVITI 2 (MEMAHAMI TABII SAINS)

1)Pilih satu nilai murni dan satu topik sains.

Huraikan bagaimana  guru sains boleh menerapkan nilai murni itu semasa mengajar   sains.

        Dalam sesuatu pengajaran, guru hendaklah merancang terlebih dahulu tentang apa yang       perlu disampaikan kepada pelajar. Pengajaran yang disampaikan bukanlah terhad kepada sukatan yang telah ditetapkan di dalam buku, malah pelbagai nilai perlu juga diisi dan diamalkan. Terdapat tiga nilai yang perlu diterapkan semasa pengajaran iaitu, nilai pendidikan umum, nilai pendidikan sains dan nilai sains.

 Nilai pendidikan umum ialah kualiti nilai terterap dalam pengajaran oleh guru, sekolah, masyarakat atau budaya kepada pelajar. Nilai pendidikan umum biasanya berkait dengan nilai moral, sivik, kebangsaan dan keagamaan yang perlu untuk mengekal dan menggalakkan pembinaan kerangka sosial. Di Malaysia, secara khususnya, nilai pendidikan umum dikenali sebagai nilai murni.

 Satu nilai murni yang akan diketengahkan dalam subjek sains ini adalah nilai kejujuran ataupun kebenaran. Contoh topik sains yang boleh diambil adalah ‘ Tenaga dan Perubahan Kimia’. Nilai ini dapat diterapkan hampir setiap masa semasa proses pengajaran sains dijalankan. Dalam memberikan jawapan, pelajar haruslah bersifat jujur dan menyatakan apa yang dirasakan. Misalnya, dalam menjalankan amali penyerapan dan pembebasan haba iaitu eksotermik dan endotermik. Pelajar haruslah merekod data yang didapati dengan jujur dan tidak mengubah segala bacaan yang telah diberikan. Selain itu, pelajar hendaklah melakukan setiap laporan makmal secara individu dan tidak hanya mengambil data dan meniru daripada kawan, buku ataupun internet. Pelajar juga hendaklah mengaku kesalahannya sekiranya secara tidak sengaja memecahkan alatan di makmal dan haruslah segera melaporkannya kepada guru ataupun pembantu makmal yang bertugas.

No comments:

Post a Comment