Sunday 18 September 2011

KRONOLOGI SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SAINS DI MALAYSIA

ZAMAN PENJAJAH

Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1939 oleh kerajaan negeri-negeri Selat dan Melayu Bersekutu telah menggubal tujuan pendidikan sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains (Malaya 1940).


Jabatan Pendidikan ketika itu cuma menawarkan kursus empat tahun Sains Am di sekolah menengah yang terdapat bilik dan kemudahan untuk mengajar Sains serta
mempunyai guru Sains yang berkelayakan. Terdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri Melayu Bersekutuyang dapat menawarkan kursus Sains tersebut (Malaya 1948).

PERANG DUNIA KEDUA
Pendidikan sains terhenti

SELEPAS PERANG

kursus Sains Am telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di semua sekolah menengah berasaskan sukatan pelajaran Britain.

SELEPAS MERDEKA

Dasar ini telah diperkemas dan diperluaskan dengan adanya kesedaran tentang peranan pendidikan Sains dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Sejak Rancangan Malaysia Kedua lagi, kerajaan telah memberi penekanan dan komitmen terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi.

Kepentingan Pendidikan Sains juga telah tercatat dalam laporan
·         Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956,
·         Jawatankuasa Pendidikan Rahman Talib 1960
·         Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979.

Kementerian Pendidikan sejak 1960-an telah mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains. Perubahan kurikulum sains yang dilakukan, termasuklah

·         Projek Khas Sains Sekolah Rendah,
·         Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah
·         Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi,Fizik, Kimia,Rampaian Sains)Sekolah Menengah,
·         Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
·         Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

16 comments:

  1. Berbicara mengenai sejarah perkembangan pendidikan sains di Malaysia membuatkan saya semakin sedar akan kepentingan pendidikan sains kepada saya sendiri sebagai pelajar dan juga Negara. Di awal permulaan pendidikan sains begitu susah mendapat perhatian di hati pelajar. Hal ini kerana begitu banyak kekangan yang timbul antaranya latar belakang pelajar yang tidak mempunyai sebarang basic dalam subjek sains. Hal ini menjadi kekangan kerana subjek sains memerlukan pengetahuan awal untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, para pelajar mempunyai pemikiran ynag sangat terbatas untuk membaiki pemahaman mereka. Kekangan dari kalangan tenaga pengajar juga menjadi masalah untuk mencapai objektif sebenar pendidikan sains diwujudkan. Guru kurang berpengalaman dalam subjek sains akan teragak-agak untuk menjawab sebarang pertanyaan pelajar. Selain itu, pada masa artikel ini ditulis guru sains masih tidak mencukupi jadi guru yang tidak berpengalaman dalam subjek sains yang akan mengambil alih untuk mengajar subjek sains. Semua ini menimbulkan masalah kepada pendidikan sains untuk mendapat tempat di Negara kita. Namun begitu, selepas artikel ini ditulis telah banyak kemajuan dalam pendidikan sains di Malaysia. Masalah kekengan guru subjek sains tidak lagi menjadi persoalan. Selain itu, di setiap sekolah sudah mempunyai subjek sains. Pelajar sekarang ini sudah mendapat pendedahan awal tentang subjek sains semenjak di sekolah rendah lagi. Hal ini akan memudahkan mereka untuk paham apa itu sains yang sebenar. Sains itu mengenai apa dan sebagainya. Ramai pelajar kita memilih kursus yang berkaitan dengan sains apabila berbicara mengenai kerjaya. Bagi saya, pendidikan sains sekarang ini sudah tersemat dalam hati setiap pelajar kerana mereka semakin sedar kepentingan sains untuk kehidupan dan masa depan mereka. Sekian….

    ReplyDelete
  2. isi mantap..nampak ringkas dan padat tetapi mungkin perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Pada pendapat saya, melalui artikel ini saya dapat mengetahui tentang sejarah pendidikan sains dengan lebih mendalam. Untuk artikel ini, skop pembacaan saya hanya meliputi sejarah perkembangan pendidikan sains. Menerusi pemerhatian saya dalam pembacaan artikel ini, perkembangan pendidikan sains pada zaman sebelum merdeka sukar kerana dipengaruhi oleh pihak penjajah. Namun, selepas merdeka perkembangan dalam bidang pendidikan sains meningkat perlahan-lahan. Kementerian pendidikan juga berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains rakyat Malaysia dengan melancarkan pelbagai jenis program di sekolah rendah dan menengah. Walaubagaimanapun, terdapat juga program iaitu Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah yang terlampau mementingkan fakta sehingga menyebabkan pelajar tidak mempunyai kefahaman yang kukuh mengenai Sains. Seterusnya, program untuk Kurikulum Sains Moden pula terlalu menekankan proses sehingga mengetepikan asas yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, kerajaan telah melakukan banyak penambahbaikan dalam program-program yang seterusnya untuk meningkatkan kualiti dalam pembelajaran Sains. Setelah saya meneliti sejarah perkembangan Sains, barulah saya menyedari pembelajaran Sains pada hari ini telah mengalami perubahan yang berkesan dari segi pembangunan, pengurusan dan teknologinya. Disebabkan itu,saya berasa amat bersyukur kerana dapat menikmati pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk pembelajaran dalam bidang Sains pada hari ini. Dulu dan sekarang amat berbeza. Sekian.

    ReplyDelete
  4. pndedahan awal sains kpd pelajar sememangnya penting spt yg dikatakn oleh sharifa maizura.. pndedahn ini akn menentukn hala tuju dan minat pelajar seterusnya.. generasi muda ini adalh penentu masa hadapn yg harus dilentur dan dibentuk sejak dari kecil dlm melahirkn generasi yg hebat pd masa akn dtg..

    ReplyDelete
  5. saya menyokong pendapat sahrizan dan sharifah...kita dapat lihat usaha kerajaan yang mementingkan perkembangan sains terhadap pelajar sekolah.buktinya mata pelajaran sains telah diperkenalkan sejak dari tahun satu lagi berbanding tahun empat pada zaman kita dulu..

    ReplyDelete
  6. seronok apabila membaca post ini kerana warna nya boleh menarik minat untuk membaca dan juga ia ringkas... dan saya cadangkan disini maklumat perlu ditambah berkenaan tentang laporan2 jawatankuasa agar kita mengetahui tujuan penubuhan jawatankuasa laporan razak, rahman talib dan laporan kabinet... saya suka persembahan kempulan ini.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.....
    Pada pendapat saya,kemodenan dan teknologi yang dikecapi pada zaman sekarang sememangnya banyak tercipta disebabkan kajian dan penyelidikan sains.Jadi tidak hairanlah mengapa sistem pendidikan di malaysia sentiasa berusaha memperbaiki sistem pendidikan sains di sekolah dari masa ke semasa.Hal ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kronologi sejarah pendidikan sains itu sendiri iaitu kementrian pendidikan sentiasa berusaha mengambil langkah-langkah positif kearah meningkatkan taraf pendidikan sains di malaysia.Walau bagaimanapun masih wujud kekangan-kekangan dalam menjayakannya seperti kekurangan guru mahir dan kekurangan kemudahan sains terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Namun begitu,di sini dapat kita lihat usaha-usaha masih lagi diteruskan dan saya berharap ia akan berjaya suatu hari nanti.sekian....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. penyampain yang bagus dan mudah untuk difahami

    ReplyDelete
  10. salam,,,
    selepas membaca artikel ini, banyak perkara baru yang dapat saya belajar berkenaan dengan pendidikan di malaysia terutamanya subjek sains. seperti yang sedia maklum, semua kemudahan dan teknologi hari ini adalah bermula daripada pembelajaran subjek sains di sekolah. walaubagaimanapun, terdapat berbagai masalah yang timbul untuk melaksanakannya. pertama sekali kurangnya tenaga pengajar yang mahir serta kurangnya kelengkapan di makmal sewaktu subjek sains ini baru diperkenalkan. pada hari ini, banyak pembaharuan telah dilakukan bagi merealisasikan segala impian dan harapan pelajar untuk setanding dengan pelajar di luar negara.berdasarkan daripada kronologi sejarah perkembangan pendidikan sains ini, banyak penambahbaikan yang dilakukan dari masa ke semasa. jika dibandingkan dengan zaman ibu bapa saya dengan zaman adik-adik saya, pelbagai pendedahan baru dilakukan seperti peralatan di makmal serta bilngan makmal di sekolah juga semakin bertambah. tambahan pula, sukatan pelajaran sains juga turut dikemaskini dan skop pembeljaran semakin meluas. seperkara lagi, tidak mustahil 10 tahun akan datang, apa yang saya pelajari di peringkat diploma mahupun asasi, pasti sudah diajar diperingkat sekolah.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Cara penyampaian maklumat yang bagus.Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  13. salam pendidik semua....
    dengan peryampaian kronologi perubahan yang dialami sepanjang p & P dan dasar subjek sains membolehkan pembaca mendapt gambaran awal mengenai sebab musabab berlakunya perubahan dan seklaigus membuka minda pembaca untuk bersedia menjadi seorang pendidik sains yang cemerlang di masa hadapan.. good job

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.
    Blog yang menarik. Perisian yang ringkas dan padat. Namun mungkin boleh diulaskan lagi sedikit penerangan. Apapun, tahniah.

    ReplyDelete
  15. Menarik!
    Saya percaya isi kandungan di atas hampir serupa dengan kesemua lapan kumpulan namun di sini hanya penyampaiannya sahaja yang berbeza bagi setiap kumpulan. Jelas di sini bahawa matapelajaran sains telah pun dititk beratkan sejak zaman penjajahan lagi dan kerajaan serta kementerian sentiasa membuat perubahan dan penambahbaikkan seiring dengan perkembangan semasa dan tahap pemikiran. Segala usaha ini harus dihargai dengan membantu para pelajar generasi kini mengenali matapelajaran sains adalah matapelajaran uang menarik dan membuang segala tanggapan negatif mengenainya.

    ReplyDelete
  16. terima kasih di atas perkongsian oleh rakan-rakan semua....selamat berkongsi ilmu lagi..=)

    ReplyDelete