Tuesday 13 September 2011

BAB 1:PENGENALAN

PENGENALAN KPD30


     Pendidikan merupakan satu proses  berlakunya pemindahan ilmu pengetahuan, kepakaran, teori, ke arah menjadikan seseorang itu berilmu dan meningkatkan prestasi diri. Proses ini dilakukan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran. Jika kita melihat kepada sistem pendidikan di Malaysia, ia merangkumi sistem pendidikan pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pengajian tinggi. Sistem pendidikan ini dikelolakan  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan juga merupakan suatu usaha untuk membantu individu lain mencapai kematangan dan kemahiran mentalnya sehingga dapat menjalani kehidupannya dengan sangat baik dan berjaya. Ia menjadi suatu usaha dan perancangan untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta terdidik secara aktif dalam mengembangkan potensi diri. Pengembangan potensi diri ini penting untuk seseorang memiliki kekuatan spiritual agama, pengendalian diri , keperibadian dan akhlak yang mulia, kecerdasan serta ketrampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat. Pendidikan berbeza pula dengan pengajaran kerana pendidikan merupakan satu proses pemberian ilmu pengetahuan, kepakaran dan sebagainya. Manakala pengajaran ialah pemberian kemudahan, kaedah atau cara untuk seseorang individu mencapai sesuatu berdasarkan kemampuan yang dimilikinya.
Pengajaran bermaksud segala sesuatu yang berkaitan proses mengajar atau mengajarkan sesuatu cara atau sistemnya. Pengajaran juga merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh guru bersama pelajarnya. Pelaksanaan pengajaran perlulah dilakukan secara sistematik oleh guru dengan menggunakan pelbagai teknik yang sesuai, membimbing dan memotivasikan pelajar demi menguasai kemahiran dan sesuatu  ilmu pengetahuan.


   Pembelajaran adalah satu proses interaksi antara pelajar dengan guru dan juga sumber pelajaran dalam satu kelas. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk member ilmu pengetahuan , penguasaan kemahiran, pembentukan sikap dan kepercayaan kepada pelajar. Dalam maksud lain, pembelajaran boleh juga dikatan sebagai proses dimana guru membantu pelajar untuk mengetahui sesuatu yang baru dan berguna.


    Pengertian pembelajaran adalah hampir sama dengan pengajaran, tetapi ada sedikit perbezaan. Dalam konteks pendidikan, pembelajaran ini adalah satu proses  dimana guru membantu pelajar mengusai ilmu dan juga mencapai satu objektif yang telah ditentukan. Pembelajaran juga dapat mempengaruhi sikap dan keterampilan pelajar tersebut yang berubah  ke arah kebaikan. Manakala pengajaran pula adalah satu pekerjaan bagi satu pihak iaitu pekerjaan mengajar sahaja. Sedangkan pembelajaran adalah interaksi antara guru serta pelajar dan kedua-dua belah pihak mendapat respon antara mereka.
Proses pembelajaran yang berkualiti bergantung kepada motivasi pelajar dan juga kemahiran pengajar. Sekiranya pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan ditambah pula guru yang mempunyai kemahiran yang meluas serta mahir dalam bidang yang diajarnya, pasti ianya akan membawa kepada objektif yang ingin dicapai. Target pembelajaran ini dapat diukur melalui perubahan sikap dan juga kemampuan pelajar dalam proses pembelajaran. Kesimpulannya, pembelajaran yang baik dalah hasil gabungan daripada motivasi pelajar yang tinggi, guru yang berkemahiran dan juga kreatif dalam mengendalikan proses pengajaran.


     Teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin dan proses yang dapat menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Teknologi berkait rapat dengan penciptaan alatan atau mesin baru yang menggunakan prinsip sains. Tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang lebih baik juga turut dilihat sebagai teknologi.


Penaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat serta  memahami sesuatu perkara sebelum membuat sebarang keputusan atau mengambil sebarang tindakan.


Pendidikan ialah usaha memperkembangkan potensi individu yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran dan pengajaran berlaku serentak dan melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan pelajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik agar dapat terjadi proses pemerolehan ilmu, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap.Hasil dalam pembelajaran dan pengajaran yang dikumpul akan dianalisis dan seterusnya dapat diperbaiki kelemahannya melalui proses penaksiran. Apabila hal ini berlaku secara berterusan maka kecanggihan teknologi akan terus berkembang dan secara langsung taraf hidup manusia akan menjadi lebih baik.


4 comments:

  1. Tahniah ...blog pertama yang berjaya diupload. harap sudi terima kami sebagai followers!

    ReplyDelete
  2. harap boleh ringkaskan lagi huraian bagi setiap definisi....nice blog!!!

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas saranan tersebut..insyaAllah akan ada penambahbaikan nanti..

    ReplyDelete