Sunday, 18 September 2011

KRONOLOGI SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SAINS DI MALAYSIA

ZAMAN PENJAJAH

Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1939 oleh kerajaan negeri-negeri Selat dan Melayu Bersekutu telah menggubal tujuan pendidikan sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains (Malaya 1940).


Jabatan Pendidikan ketika itu cuma menawarkan kursus empat tahun Sains Am di sekolah menengah yang terdapat bilik dan kemudahan untuk mengajar Sains serta
mempunyai guru Sains yang berkelayakan. Terdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri Melayu Bersekutuyang dapat menawarkan kursus Sains tersebut (Malaya 1948).

PERANG DUNIA KEDUA
Pendidikan sains terhenti

SELEPAS PERANG

kursus Sains Am telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di semua sekolah menengah berasaskan sukatan pelajaran Britain.

SELEPAS MERDEKA

Dasar ini telah diperkemas dan diperluaskan dengan adanya kesedaran tentang peranan pendidikan Sains dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Sejak Rancangan Malaysia Kedua lagi, kerajaan telah memberi penekanan dan komitmen terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi.

Kepentingan Pendidikan Sains juga telah tercatat dalam laporan
·         Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956,
·         Jawatankuasa Pendidikan Rahman Talib 1960
·         Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979.

Kementerian Pendidikan sejak 1960-an telah mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains. Perubahan kurikulum sains yang dilakukan, termasuklah

·         Projek Khas Sains Sekolah Rendah,
·         Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah
·         Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi,Fizik, Kimia,Rampaian Sains)Sekolah Menengah,
·         Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
·         Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Tuesday, 13 September 2011

MODEL PENGAJARAN - PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

MODEL PENGAJARAN - PROBLEM BASED LEARNING (PBL)


Problem Based Learning (PBL) adalah suatu pendekatan pembelajaran yang menggunakan masalah dunia nyata sebagai suatu konteks bagi pelajar untuk belajar tentang cara berfikir kritis dan keterampilan pemecahan masalah. Pembelajaran berdasarkan masalah digunakan untuk merangsang daya berfikir dalam situasi berorientasi masalah. Peranan guru adalah menyediakan masalah, mengajukan pertanyaan, dan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

PBL merupakan suatu model pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk menyelesaikan masalah melalui kaedah ilmiah sehingga pelajar dapat mempelajari pengetahuan yang berhubungan dengan masalah tersebut dan sekaligus memiliki kemahiran menyelesaikan masalah tersebut.


Ciri-ciri Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)
·       
  * Persoalan atau masalah.
· * Berfokus pada masalah.
· * Penyelidikan autentik (berdasarkan fakta sebenar).
· * Menghasilkan produk/karya dan membentangkannya
· * Kerjasama.


Tahap-Tahap PBL


Pengajaran berdasarkan masalah terdiri dari lima tahap, seperti dijelaskan jadual berikut:


Tahap
Kegiatan guru
Tahap 1 :
Orientasi pelajar terhadap masalah
Guru menjelaskan tujuan pembelajaran, menjelaskan perkara yang diperlukan untuk memotivasi pelajar agar terlibat dalam aktiviti penyelesaian masalah yang dipilihnya.
Tahap 2 :
Mengorganisasi pelajar untuk belajar
Guru membantu pelajar mendefinisikan dan mengorganisasikan tugas belajar yang berhubungan dengan masalah tersebut.
Tahap 3 :
Membimbing penyelidikan individual dan kumpulan.
Guru mendorong pelajar untuk mengumpulkan informasi yang sesuai dan melaksanakan eksperimen untuk mendapatkan penjelasan serta menyelesaikan masalahnya.
Tahap 4 :
Mengembangkan dan membentangkan hasil penyelidikan.
Guru membantu pelajar merencanakan dan menyiapkan karya yang sesuai seperti laporan, video, dan model serta membantu mereka membahagikan tugas.
Tahap 5 :
Menganalisis permasalahan
Guru membantu pelajar melakukan refleksi terhadap penyelidikan mereka dan proses-proses yang mereka gunakan.   

BAB 1:PENGENALAN

PENGENALAN KPD30


     Pendidikan merupakan satu proses  berlakunya pemindahan ilmu pengetahuan, kepakaran, teori, ke arah menjadikan seseorang itu berilmu dan meningkatkan prestasi diri. Proses ini dilakukan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran. Jika kita melihat kepada sistem pendidikan di Malaysia, ia merangkumi sistem pendidikan pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pengajian tinggi. Sistem pendidikan ini dikelolakan  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan juga merupakan suatu usaha untuk membantu individu lain mencapai kematangan dan kemahiran mentalnya sehingga dapat menjalani kehidupannya dengan sangat baik dan berjaya. Ia menjadi suatu usaha dan perancangan untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta terdidik secara aktif dalam mengembangkan potensi diri. Pengembangan potensi diri ini penting untuk seseorang memiliki kekuatan spiritual agama, pengendalian diri , keperibadian dan akhlak yang mulia, kecerdasan serta ketrampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat. Pendidikan berbeza pula dengan pengajaran kerana pendidikan merupakan satu proses pemberian ilmu pengetahuan, kepakaran dan sebagainya. Manakala pengajaran ialah pemberian kemudahan, kaedah atau cara untuk seseorang individu mencapai sesuatu berdasarkan kemampuan yang dimilikinya.
Pengajaran bermaksud segala sesuatu yang berkaitan proses mengajar atau mengajarkan sesuatu cara atau sistemnya. Pengajaran juga merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh guru bersama pelajarnya. Pelaksanaan pengajaran perlulah dilakukan secara sistematik oleh guru dengan menggunakan pelbagai teknik yang sesuai, membimbing dan memotivasikan pelajar demi menguasai kemahiran dan sesuatu  ilmu pengetahuan.


   Pembelajaran adalah satu proses interaksi antara pelajar dengan guru dan juga sumber pelajaran dalam satu kelas. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk member ilmu pengetahuan , penguasaan kemahiran, pembentukan sikap dan kepercayaan kepada pelajar. Dalam maksud lain, pembelajaran boleh juga dikatan sebagai proses dimana guru membantu pelajar untuk mengetahui sesuatu yang baru dan berguna.


    Pengertian pembelajaran adalah hampir sama dengan pengajaran, tetapi ada sedikit perbezaan. Dalam konteks pendidikan, pembelajaran ini adalah satu proses  dimana guru membantu pelajar mengusai ilmu dan juga mencapai satu objektif yang telah ditentukan. Pembelajaran juga dapat mempengaruhi sikap dan keterampilan pelajar tersebut yang berubah  ke arah kebaikan. Manakala pengajaran pula adalah satu pekerjaan bagi satu pihak iaitu pekerjaan mengajar sahaja. Sedangkan pembelajaran adalah interaksi antara guru serta pelajar dan kedua-dua belah pihak mendapat respon antara mereka.
Proses pembelajaran yang berkualiti bergantung kepada motivasi pelajar dan juga kemahiran pengajar. Sekiranya pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan ditambah pula guru yang mempunyai kemahiran yang meluas serta mahir dalam bidang yang diajarnya, pasti ianya akan membawa kepada objektif yang ingin dicapai. Target pembelajaran ini dapat diukur melalui perubahan sikap dan juga kemampuan pelajar dalam proses pembelajaran. Kesimpulannya, pembelajaran yang baik dalah hasil gabungan daripada motivasi pelajar yang tinggi, guru yang berkemahiran dan juga kreatif dalam mengendalikan proses pengajaran.


     Teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin dan proses yang dapat menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Teknologi berkait rapat dengan penciptaan alatan atau mesin baru yang menggunakan prinsip sains. Tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang lebih baik juga turut dilihat sebagai teknologi.


Penaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat serta  memahami sesuatu perkara sebelum membuat sebarang keputusan atau mengambil sebarang tindakan.


Pendidikan ialah usaha memperkembangkan potensi individu yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran dan pengajaran berlaku serentak dan melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan pelajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik agar dapat terjadi proses pemerolehan ilmu, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap.Hasil dalam pembelajaran dan pengajaran yang dikumpul akan dianalisis dan seterusnya dapat diperbaiki kelemahannya melalui proses penaksiran. Apabila hal ini berlaku secara berterusan maka kecanggihan teknologi akan terus berkembang dan secara langsung taraf hidup manusia akan menjadi lebih baik.