Tuesday 27 September 2011

KURIKULUM

AKTIVITI 1 :
Maksud Kurikulum :
> kurikulum ialah sukatan pelajaran atau subjek-subjek akademik yang diajar di sekolah sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran berlaku
> penerapan ilmu pengetahuan
> pendedahan kepada kursus-kursus tertentu
> kurikulum telah disusun oleh Pusat Pembangunan Kurikulum.
> kurikulum formal dan terancang di sekolah


AKTIVITI 2:
1. Analisis kurikulum sains KBSM . Adakah ia menepati kriteria-kriteria seperti yang dibincangkan?

     Kurikulum Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)  merangkumi beberapa perkara yang penting. Sebagai contoh, kurikulum sains mengandungi sukatan pelajaran sains yang akan diajar oleh guru kepada para pelajar. Kurikulum sains KBSM juga memberikan garis panduan kepada para tenaga pengajar dan sekolah dalam membentuk para pelajar yang mempunyai prestasi yang tinggi dalam pendidikan sains. Kurikulum Sains KBSM di Malaysia telah digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum  Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001 .Justeru,  kurikulum ini merupakan suatu kurikulum yang rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

     Di samping itu, kurikulum sains KBSM juga meliputi rancangan kandungan kursus. Rancangan ini penting untuk persediaan mengajar bagi guru. Kurikulum ini juga menawarkan pengalaman yang terancang bagi pelajar untuk sepanjang proses pembelajaran. Tambahan lagi, kurikulum ini memerlukan pelan akademik yang sistematik untuk melancarkan lagi proses pembelajaran. Kurikulum ini juga mempunyai standard tersendiri untuk menentukan kriteria yang pelajar harus capai dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus, di samping mempunyai skop dan urutannya yang tersendiri. Urutan ini diberi dengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap pembelajaran yang dilaksanakan.
    
     Sukatan pelajaran dalam kurikulum sains ini kemudiannya diterbitkan dalam bentuk yang lebih mudah iaitu buku-buku teks kepada seluruh sekolah menengah di Malaysia.
    Kurikulum sains KBSM merupakan kurikulum rasmi kerana didokumenkan secara rasmi. Kurikulum ini juga terdiri daripada kurikulum utama kerana subjek sains merupakan salah satu subjek teras.

     Seterusnya, kurikulum sains juga merupakan kurikulum tersembunyi kerana dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar sebagai contoh, pelajar sentiasa bekerjasama dan bantu membantu dalam melakukan eksperimen di makmal bagi menjayakan eksperimen tersebut. Selain itu, kurikulum sains juga boleh dikategori sebagai kurikulum luar kerana pelajar boleh mendapat pengalaman yang dirancang di luar bilik darjah, contohnya, pelajar melibatkan diri mereka di dalam pertandingan mencipta roket yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Apakah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

     Berdasarkan Teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, kerajaan menyasarkan dasar bagi membangunkan modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni. Justeru bagi merealisasikan perkara ini, kurikulum kebangsaaan mesti dikaji semula bagi mewujudkan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Oleh itu beberapa perubahan dalam membina kurikulum kebangsaan telah dibuat. Sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah adalah seperti berikut;

1983           -        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993           -        Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003           -        KBSR (semakan)
2011            -        Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    Kurikulum standard sekolah rendah melibatkan perubahan bentuk, organisasi , kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
   Para pelajar sekolah rendah perlu mencapai beberapa ciri modal insan yang merangkumi kemahiran asas seperti ;
  •      Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
  •      Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
  •      Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
  •      Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
  •      Jati diri dan semangat patriotisme
  •      Memahami dan menghayati budaya nasional


     KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Kurikulum sekolah rendah pada kali ini menggunakan istilah standard kerana ingin memastikan semua murid melepasi standard seperti yang ditetapkan. Ia juga merupakan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. KSSR dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan(assesment for learning) dan mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan ini merupakan pentaksiran berasaskan sekolah.

Apakah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)?

     Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), merupakan salah satu transformasi pendidikan di Malaysia.
     KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2014.

     Pelaksanaan KSSM membawa transformasi kepada:-
ü  Perubahan sukatan semua mata pelajaran.
ü  Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
ü  Mengurangkan fokus peperiksaan.
    Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah.
    Berasaskan prinsip KBSM yang sedia ada:-
v  Kesinambungan pendidikan rendah dan menengah
v  Pendidikan umum untuk semua murid
v  Penggunaan ilmu disiplin yang ada
v  Kesepaduan antara unsur JERI
v  Penekanan nilai-nilai murni
v  Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia.
v  Pendidikan sepanjang hayat.
   Perubahan Kurikulum Sekolah Menengah kepada:-
Ø  Reka bentuk kurikulum
Ø  Organisasi kurikulum
Ø  Kandungan kurikulum
Ø  Penekanan kepada kemahiran abad ke-21
    Kesan positif KSSM :-
§  Memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri.
§  Memupuk sikap pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi.
§  Menyerlahkan potensi pelajar.
§  Membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan

AKTIVITI 3:
Jenis-jenis Pengetahuan

  1. Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge)

Pengetahuan deklaratif adalah pengetahuan fakta.
Sebagai contoh mengetahui bahawa"Tiub sinar katod digunakan untuk projek gambar dalam kebanyakkan televisyen yang ada" adalah pengetahuan deklaratif. Pengetahuan deklaratif adalah pengetahuan ataupon boleh dikatakan sebagai memiliki maklumat sama ada benar ataupun palsu. Pengetahuan deklaratif adalah berorientasikan penegasan. Ia menerangkan objek dan peristiwa dengan menyatakan sifat dan ciri-cirinya..

·         2. Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge)

Pengetahuan prosedur adalah mengetahui bagaimana untuk mengawal faktor-faktor releven untuk menguji beberapa fenomena (Reber & Reber, 2001) dengan melakukan tugas tertentu atau menyelesaikan sesuatu aktiviti.Pengetahuan prosedur juga bermakna mengetahui kaedah memanipulasi keadaan tertentu atau teknik untuk melaksanakan tugas. Ini mungkin termasuk prosedur yang kita gunakan untuk melakukan percubaan sains, menulis karangan atau menyelesaikan persamaan matematik.

3.Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

Pengetahuan struktur adalah asas kepada penyelesaian masalah. Ia diperlukan dalam membuat perancangan dan strategi, menetapkan syarat-syarat prosedur yang tersendiri, dan dalam menentukan apa yang perlu dilakukan apabila kegagalan berlaku atau apabila ada maklumat yang hilang ataupon tertinggal.

4. Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)

Pengetahuan eksplisit adalah dinyatakan dan direkodkan sebagai perkataan, nombor, kod,formula matematik dan saintifik, dan nota muzik .Pengetahuan tersurat mudah untuk berkomunikasi, menyimpan, dan mengedarkan dan pengetahuan yang terdapat dalam buku-buku, di web, dan lain-lain cara visual dan lisan. Bertentangan dengan pengetahuan tersirat.

5. Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge)

Pengetahuan tanpa dizahirkan adalah pengetahuan yang terkumpul dalam diri seseorang, yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit.
Pengetahuan tersirat adalah pengetahuan peribadi yang tertanam dalam pengalaman individu dan melibatkan faktor-faktor yang tidak ketara, seperti kepercayaan peribadi, perspektif dan nilai-nilai. Pengetahuan tersirat sukar untuk menyatakan dengan jelas dalam bahasa ataupon kata-kata.  Ia mengandungi pandangan subjektif, intuisi,dan gerak hati. Sebelum pengetahuan tersirat dapat disampaikan, ia mesti ditukar kepada perkataan-perkataan, model, atau nombor yang dapat memahami.

AKTIVITI 4:

    Nyatakan dan huraikan contoh PCK (Pedagogical content knowledge) yang dapat digunakan untuk mengajar topik dalam kumpulan. (Tenaga Dan Perubahan Kimia).



KEFAHAMAN   
        Guru menjelaskan perubahan kimia
      Guru menghuraikan proses eksotermik dan     endotermik
    Guru menerangkan perubahan tenaga haba dalam industri kimia
     Guru menerangkan tindak balas antara logam dan asid
      Guru menerangkan tindak balas antara logam dan udara
  
TRANSFORMASI
Menjalankan eksperimen tentang siri kereaktifan kimia
    Meramalkan hasil tindak balas logam mengikut siri kereaktifan kimia
   Menyediakan radas dan peralatan untuk proses elektrolisis
  Menjalankan eksperimen untuk perubahan fizikal dan kimia.

INSTRUKSI
    Menerangkan perbezaan dan persamaan antara perubahan fizikal dan kimia.
      Menjelaskan proses  perubahan fizikal dan kimia dalam proses peleburan ais.
   Menerangkan perubahan fizikal dan kimia dalam proses penyejatan air.
     Menjelaskan proses  perubahan fizikal dan kimia dalam proses pembakaran.
     
PENILAIAN
     Membuktikan hasil perubahan kimia yang berlaku melalui hasil elektrolisis.
      Huraikan perubahan fizikal  dan kimia yang berlaku dalam proses elektolisis.
    Huraikan perubahan fizikal  dan  kimia  yang berlaku dalam proses pembakaran.
     Huraikan perubahan fizikal  dan  kimia  yang berlaku dalam proses peleburan ais.
      Huraikan perubahan fizikal  dan  kimia yang berlaku dalam proses penyejatan .
  
REFLEKSI
     Guru merenung kembali proses pembelajaran yang telah diajar .
     Membina semula persamaan tindak balas, proses serta perbandingan perubahan fizikal dan kimia bagi memperbaiki pengetahuan kandungan pedagagi (PCK) seseorang.
KEFAHAMAN BARU
    Melalui proses KEFAHAMAN, TRANSFORMASI, INSTRUKSI, PENILAIAN DAN REFLEKSI, para guru dapat mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang topik tenaga dan juga perubahan kimia.


AKTIVITI 5:


1.    Jana contoh-contoh fakta, konsep, prosedur, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing.

-Fakta
Ø  Perubahan fizikal adalah perubahan yang tidak menghasilkan bahan baru. Hanya sifat fizik yang berubah.
Ø  Perubahan kimia adalah perubahan yang menghasilkan bahan baru. Bahan baru mempunyai sifat dan komposisi kimia yang berlainandaripada bahan
Ø  Eksotermik ialah tindakbalas kimia yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran
Ø  Endtermik ialah tindakbalas kimia yang menyerap tenaga haba dari persekitaran

-Konsep
Ø  Semasa tindak balas kimia berlaku dua jenis perubahan haba. Sesuatu tindakbalas yang menghasilkan haba ke persekitarannya dinamakan sebagai tindakbalas eksotermik. Tindak balas endotermik pula adalah sebaliknya.
Ø  Elektrolisis merupakan satu tindak balas yang menggunakan tenaga elektrik. Tenaga elektrik memecahkan sebatian kimia untuk membentuk bahan yang baru.

-Prosedur
Contoh Eksperimen: Mengkaji kesan jenis elektrod ke atas elektrolisis larutan akueus
1. Elektrolisis larutan natrium klorida pekat dengan katod merkuri.
    (a) Sebuah tiub-U diisi dengan merkuri supaya merkuri berada di antara bahagian dasarnya.
    (b) Salah satu lengan tiub-U diisi dengan elektrolit larutan natrium klorida 2 mol dm-3 .
    (c) Lengan yang kedua diisi dengan air suling.
    (d) Elektrod karbon dipasang kepada bateri supaya menjadi anod.
    (e) Seutas wayar disambung daripada bateri kepada lapisan merkuri supaya merkuri
          menjadi katod.
    (f)  Suis dihidupkan.
    (g) Keputusan:
        Di anod:    Gas bewarna kuning-kuningan terbebas.
                         Gas ini melunturkan kertas litmus lembap. Klorin terhasil.
2Cl- " Cl2 + 2e-
         Di katod: Logam natrium terhasil dan membentuk amalgam dengan merkuri.
  Na+ + e- " N
 Na + Hg " NaHg
     (h) Natrium terenap melalui nyahcas ion Na+ kerana elektrod merkuri digunakan.

(i)            Rajah menunjukkan proses elektrolisis berlaku.



-klasifikasi
SIRI KEREAKTIFAN LOGAM
Kebanyakan tindak balas di dunia kita ini berpunca dari logam. Logam merupakan bahan yang sangat penting. Seterusnya kita mengkaji perlakuan logam- logam. Logam-logam mempunyai kereaktifan berbeza apabila ditindak balaskan dengan air, asid serta oksigen.
Jika kita melakukan eksperimen dalam makmal, berikut adalah pemerhatian apabila logam bertindak balas
 
Dengan air.
JENIS LOGAM
PEMERHATIAN
KECERGASAN
Natrium
bergerak pantas di atas permukaan air dan menghasilkan bunyi "hiss"
sangat cergas
Kalsium
tenggelam dan menghasilkan gelembung gas (hidrogen)
cergas
Magnesium
tenggelam dan menghasilkan sedikit gelembung gas (hidrogen)
kurang cergas
Kuprum
tiada tindak balas
tidak cergas

Dengan asid.
JENIS LOGAM
PEMERHATIAN
KECERGASAN
Magnesium
pembuakan sangat cergas dan menghasilkan gas (hidrogen)
sangat cergas
Ferum
pembuakan yang cergas dan menghasilkan gas (hidrogen)
cergas
plumbum
pembuakan dan menghasilkan sedikit gelembung gas (hidrogen)
kurang cergas
Kuprum
tiada tindak balas
tidak cergas

Dengan oksigen.
JENIS LOGAM
PEMERHATIAN
KECERGASAN
Magnesium
membara sangat terang dan menghasilkan debu putih seletah sejuk
sangat cergas
Zink
membara dengan terang dan menghasilkan serbuk kekuningan setelah sejuk
cergas
Ferum
membara dan menghasilkan serbuk hitam setelah sejuk
kurang cergas
Kuprum
tiada tindak balas
tidak cergas

AKTIVITI 6:

   Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalam topik kumpulan masing-masing.

1.1 Memahami perubahan fizikal dan perubahan kimia.
·         dalam subtopik ini, pelajar akan menerangkan apa itu perubahan fizikal dan juga perubahan kimia. 
·         pelajar akan memberi contoh perubahan fizikal dalam kehidupan harian
·         perbandingan antara perubahan fizikal dan juga perubahan kimia

1.2 Analisis perubahan haba dalam tindak balas kimia.
·         dalam subtopik ini pelajar akan dapat menerangkan tindak balas kimia yang melibatkan perubahan tenaga.
·         mengenalpasti tindak balas yang terlibat dalam tidak balas kehilangan dan mendapatkan haba. 

1.3 Sintesis kereaktifan sirim logam. 
·         pelajar dapat mencirikan kereaktifan logam dalam air, oksigen dan juga asid
·         membandingkan kereaktifan logam dalam air,oksigen dan asid
·         menyusun kereaktifan logam
1.4 Penggunaan konsep kereaktifan siri logam. 
·         pelajar dapat kaitan kereaktifan logam melalui kaedah pengekstrakan bijih
·         mencatatkan kepentingan siri kereaktifan logam
1.5 Memahami elektrolisis. 
·         pelajar dapat mengetahui apa itu elektrolisis
·         mengenalpasti anod,katod,kation dan juga elektrolit
·         mengenalpasti kegunaan elektrolisis dalam industri
1.6 Memahami produk tenaga elektrik daripada tindak balas kimia. 
·         pelajar dapat mengetahui bagaimana sel ringkas bekerja
·         menyenaraikan pelbagai jenis sel dan juga kegunaan
1.7 Memahami tindak balas kimia yang berlaku apabila kehadiran cahaya. 
·         pelajar dapat memberi contoh tindak balas kimia yang memerlukan cahaya 
·         menerangkan kesan kehadiran cahaya dalam photosensitif bahan kimia


AKTIVITI 7
Huraian ringkas mengenai teras pengetahuan guru mengikut Shulman:

1.      Pengetahuan isi kandungan (Content knowledge)

     Guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar. Hal ini penting bagi memudahan sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.Pengetahuan  isi  kandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi:

•  Pengetahuan  tentang  topik,  peraturan,  struktur  bagi  disiplin  tertentu  dan  teori  yang mendasarinya
•   Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik
•  Pengetahuan  tentang  kegunaan  bukti  untuk  menyokong,  menyanggah  dan  membina  suatu tuntutan (claims)

2.      Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge)

    Pengetahuan pedagogi  ialah pengetahuan  tentang  prinsip-prinsip  dan  kaedah mengajar,  merangkumi  segala  aspek  yang  berkaitan  dengan  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam kelas seperti  pendekatan,  kaedah,  teknik,  strategi,  kurikulum  dan  sukatan  pelajaran,  pengujian dan penilaian, pemulihan dan menggayaan. Pengetahuan pedagogi am pula merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar. Kebanyakan pengetahuan mengajar yang diperolehi daripada pengalaman persekolahan guru itu sendiri akan membentuk pandangan dan pemahaman guru tentang mengajar dan dengan itu juga membentuk perkembangan mereka sendiri. 

3.      Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge)

     Digambarkan sebagai ‘alat’ oleh Shulman, iaitu, bahan serta program pengajian yang tersedia bagi setiap mata pelajaran. Pengetahuan kurikulumi alah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas, mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran. Bahan kurikulum tidak terhad kepada apa yang ada dipasaran atau ditentukan oleh kerajaan malah bahan itu mungkin dibuat sendiri, dirangka mengikut konteks atau pelajar yang tertentu.

4.   Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their characteristics)

    Pengetahuan tentang murid membincangkan pengetahuan umum tentang murid, kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid. Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang muridnya seperti latar belakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang  bersesuai  dengan  keperluan,  kehendak  dan  kemampuan  murid. 

5.      Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts)

     Pengetahuan  tentang  konteks pendidikan  membincangkan  tentang  pengetahuan  mengenai kominiti,  persekitaran sekolah  dan  budayanya  yang  berkaitan  pengajaran  topik  yang  diajar.  Guru  haruslah  menggunakan pengetahuan  ini  bagi  menjadikan  pengajaran  lebih  menarik  dan  releven  dengan kehidupan pelajar. Contoh dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu, guru  boleh  menggunakan  pelbagai  analogi  seperti  keadaan  dalam  sebuah  kilang,  keadaan  keluarga dalam  sebuah  rumah,  organisasi  sekolah  bagi  menerangkan  konsep  tersebut. 

6.   Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah (Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds)

    Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai tujuan dan  guru haruslah mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi pelajaran atau sesi pengajaran.Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral kearah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.